Posts

Showing posts from June, 2018

Pening Memilih Medical Card?

Image
Bagi yang berkemampuan, mungkin Medical Card ini sudahpun di‘cover’ oleh Pelan Takaful anda. Tapi, ada sesetengah orang belum ada Medical Card sendiri sebab belum ada keperluan. Mungkin ianya ditanggung oleh majikan. Atau anda selama ini memang lebih suka pergi ke Hospital Kerajaan kerana anda dapat keistimewaan sebagai kakitangan kerajaan. Tapi bila melibatkan anak-anak, barulah berasa perlu untuk ada Medical Card ini. Jadi, Medical Card yang mana terbaik di pasaran? Medical Card yang patuh syariah seperti PruBSN Takaful, AIA Public Takaful, Great Eastern Takaful, AmmetLife Takaful, Zurich Takaful dan banyak lagi. Kalau ditanya pada ejen takaful, sah-sah akan kata syarikat takaful dia yang terbaik. Melainkan ejen tersebut betul-betul jujur dan prihatin terhadap keperluan anda. Oleh itu, penting untuk kita sendiri mengenalpasti faktor yang perlu dipertimbangkan selain harganya. 5 Perkara Kena Faham Supaya Tak ‘Tertipu’ Dengan Medical Card 1. Jenis Coverage – Tahunan Ata...

Ruginya Ambil Takaful.. Membazir!

Image
Sejak dua menjak ni selalu sangat dengar dialog macam ni, lebih-lebih lagi dari mulut anak muda kita. Kawan-kawan ejen takaful mesti selalu beristighfar panjang bila dengar. “Kalau saya tak sakit macam mana ya? Rugi lah bayar takaful tu bulan-bulan…” Kalau kita masuk takaful sebab nak guna duit tu, maksudnya kita mintak nak sakit! Fahamkan Maksud Takaful TAKAFUL adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab ‘Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud ‘Saling Jamin Menjamin’. Takaful juga berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab dan saling membantu untuk menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain bila diperlukan. Ingat, takaful akad asasnya adalah tabarru’ (derma). Bermaksud, setiap sen yang kita sumbangkan ke dalam tabung takaful, berniat untuk menolong peserta yang lain dan juga diri sendiri apabila ditimpa musibah (nauzubillah). Syarikat pengendali takaful cu...

Alasan Yang Kerap Diberi Untuk Mengelak Mengambil Takaful

Di saat individu yang lain telah sedar akan betapa pentingnya pelan perlindungan Takaful, berbeza pula dengan golongan yang mentah-mentah menolak Takaful. Tetapi mengapa mereka ini menolak pelan perlindungan Takaful, sedangkan pelan ini memberikan banyak manfaat sekiranya kita ditimpa musibah. Kalau nak tahu, Hanya 15% Rakyat Malaysia Ada Takaful. Dalam kupasan artikel kali ini, saya ingin berkongsi beberapa alasan yang diberikan oleh mereka yang tergolong menolak pelan perlindungan Takaful untuk diri mereka sendiri. #1.“Ofis Dah Bayarkan…” Tahniah kerana dapat bos yang prihatin. Memang kebanyakan syarikat ada menyediakan kad perubatan kepada pekerja mereka (berkelompok). Ini adalah sebagai salah satu bentuk manfaat kepada pekerja daripada syarikat. Bagaimanapun perlindungan ini berkemungkinan hanya terhad ketika masih dalam perkhidmatan, tidak kekal dan boleh berubah manfaat pada bila-bila masa. Berbeza jika anda mengambil pelan perlindungan Takaful sendiri, ia pastinya tela...

Nak Ambil Takaful, Ambil Tahu Hal Ini Dahulu!

Kesedaran untuk mengambil takaful hayat atau takaful medical card semakin meningkat. Mungkin kerana tahap pendidikan zaman sekarang sudah makin tinggi, dan pertambahan bilangan ejen takaful juga semakin ramai. Jadi ramai pihak yang bercerita mengenai kepentingan takaful. Jika ditanya dalam pejabat, 1 daripada 3 rakan pasti sudah ada plan takaful peribadi (yang bukan dari majikan) sama ada untuk diri sendiri atau juga untuk satu famili. Walau bagaimanapun, menurut Malaysian Takaful Association (MTA), jumlah caruman yang dimiliki oleh kebanyakan pencarum takaful adalah di bawah standard perlindungan yang sepatutnya. Rata-rata pencarum memiliki perlindungan kewangan selama 1 tahun gaji sahaja. Sepatutnya kita perlu ada perlindungan kewangan selama 10 tahun gaji. Baca lanjut mengenai perlindungan kewangan di sini. Ramai ejen takaful hanya berfungsi sebagai jurujual. Sepatutnya ejen takaful berfungsi sebagai pembimbing atau pembantu kita untuk merangka pelan takaful yang be...

Mencari Medical Card, Takaful dan Perlindungan Kewangan Keluarga?

Mencari Medical Card, Takaful dan Perlindungan Kewangan Keluarga? Layari blog ini, InshaAllah anda akan memperolehi maklumat yang dicari. Untuk penerangan lanjut, boleh hubungi saya di +6018 386 9033 dan ikuti di facebook Financial Malaya